Ceramah Advokasi
11 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 10 November, Pusat Internet Peliau Bungai telah dijemput oleh pihak Sekolah Menengah Suai untuk mengadakan ceramah Advokasi serta Klik dengan Bijak kepada 223 orang pelajar PT3. Tajuk yang menjadi pilihan untuk ceramah pada kali ini ada, “Penyebaran Maklumat Palsu” serta “Perkongsian Melampau di Media Sosial”. Tajuk ini adalah sangat penting bagi generasi kini yang majoritinya adalah pengguna media sosial bagi mengelakkan pengguna media social menyalahgunakan kemudahan yang ada.
Hal ini kerana isu penyebaran maklumat palsu dikalangan masyarakat Malaysia pada masa kini sangat membimbangkan. Selain daripada itu juga, tabiat suka berkongsi secara berlebih-lebihan di media sosial juga terutamanya dikalangan para pelajar, harus dibendung dari awal. Oleh itu, pemilihan tajuk ini, sangat bersesuaian dengan era pemodenan dunia ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: