Pendidikan
Giatmara Sibuti
Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Giatmara Sibuti merupakan satu-satunya institusi terdekat di kawasan Bekenu untuk menimba ilmu kemahiran peringkat sijil.
SJK (C) Chung Hua, Sibuti.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua atau nama ringkasnya SJK Chung Hua, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Subis. Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua memiliki 58 pelajar lelaki dan 48 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 106 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru
SMK Bekenu
Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu atau nama ringkasnya SMK Bekenu, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kampung Bungai. Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu (SMK Bekenu)mula beroperasi secara berperingkat pada November 2004 dan beroperasi sepenuhnya pada sesi persekolahan baharu tahun 2005.
SK Kampung Bungai
Sekolah Kebangsaan Kampung Bungai atau nama ringkasnya SK Kpg. Bungai, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Subis. Sekolah ini mempunyai seramai 13 orang guru.
Tabika Kemas Kampung Tengah
Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Tabika Kemas ini terletak bersebelahan dengan Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai.
Tabika Kemas Kampung Bungai
Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Terdapat dua tabika di kawasan ini, dan selain di Kampung Peliau Bungai, sebuah lagi tabika kemas terletak di Kampung Tengah, Sibuti, Miri.