Maklumat Komuniti
Ringkasan
Pekan Bekenu merupakan salah satu mercu tanda yang tidak asing lagi bagi kawasan Bekenu, Sibuti. Pekan Bekenu merupakan salah satu “One Stop Centre” (Pusat Sehenti) bagi penduduk sekitar untuk membeli barang-barang keperluan harian, bekalan bahan mentah seperti saur-sayuran, buah-buahan. Terdapat beberapa buah lot kedai yang menjual pelbagai barang-barang seperti perabot, barangan runcit, kedai serbaneka, kedai makan, dan sebagainya. Bagi pasar basah pula, terdapat 100 buah lot tapak perniagaan yang disediakan kepada peniaga-peniaga kecil untuk menjual produk mereka. Disamping itu juga, kerajaan juga telah menjadikan Pekan Bekenu sebgai Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), yang kelima selepas RTC bagi negeri-negeri Semenanjung Malaysia seperti Johor, Melaka, Perak, dan Kelantan. Dengan adanya RTC ini, ianya memberi manfaat kepada kira-kira 40 000 orang untuk berurusan melalui penempatan pelbagai agensi kerajaan, institute perbankan, dan institusi pendidikan. Oleh itu, penduduk tidak perlu pergi ke bandar Miri, untuk berurusan dengan agensi-agensi tertentu.
Kampung Peliau Bungai adalah terletak 50 km dari Pusat Bandaraya Miri dan 8.2 km dari Pekan Bekenu iaitu erletak pada Latitude 4.075179 dan longitude 113.794107. Majoriti penduduk di kawasan ini adalah terdiri daripada masyarakat Kedayan yang bekerja sebagai petani, nelayan, peniaga kecil-kecilan, dan bekerja disektor awam dan swasta serta ada juga yang bekerja sendiri sebagai usahawan. Keindahan semula jadi pantai Bungai dan Peliau membolehkan masyarakat setempat berpeluang untuk menjalankan aktiviti penyediaan Homestay yang dikenali sebagai “Kedayan Homestay”. Sehingga hari ini sebanyak 26 buah Homestay berdaftar yang terdapat telah disediakan. Di samping itu juga, masyarakat Kedayan mempunyai satu tradisi menarik iaitu “Makan Tahun” yang diadakan setahun sekali mengikut kampung. Kawasan Bungai pada amnya mempunyai 5 kampung utama yang membentuk kawasan yang dikenali sebagai Bungai iaitu Kampung Jambu, Kampung Mumong, Kampung Gatas, Kampung Bungai dan Kampung Peliau.
Populasi
Keluasan Daerah Sibuti, Bekenu ialah 4707.1 kilometer persegi (KM2) manakala keluaran Daerah Kecil Sibuti, Bekenu pula ialah 842.47 kilometer persegi (KM2). Menurut bancian penduduk (2010) melalui Pejabat Daerah Sibuti, sebanyak 13 005 orang penduduk yang masing-masing 4699 orang merupakan kaum iban, 76 orang kaum bidayuh, 5334 orang kaum kedayan, 486 orang kaum cina, 355 orang kaum emlanau, 29 orang lain-lain, dan 320 orang bukan warganegara.
Penduduk Kampung Peliau Bungai sendiri, dianggarkan berjumlah sebanyak hampir 500 orang. Majoriti penduduk di kawasan ini melakukan aktiviti pertanian, penternakan, dan perikanan dan kebiasaannya penduduk akan menjual produk mereka pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad di kawasan “tamu” (deretan kedai kecil) berhadapan dengan Pusat Internet 1 Malaysia, Peliau Bungai.
Ahli Dewan Undangan Negeri
Nama : YB Puan Hajjah Rosey Bt Haji Yunus
Kawasan Pilihanraya : N.71 Bekenu
Jawatan : Menteri Muda Wanita dan Pembangunan Kanak-kanak
Tarikh Lahir : 116.01.1956
Alamat : Lot 379, Jalan Bunga Raya Utama, Taman Bumiko, 98000 Miri, Sarawak.
No. Telefon (Kediaman) : 085-418863
No. Fak : 085-4368332
Parti : Parti Pesaka Bumiputra Bersatu – PBB (GPS)
Parlimen
Nama: YB Tuan Lukanisman Bin Awang Sauni
Jawatan dalam Kabinet : Tiada
Parti : GPS – (PBB)
Parlimen : P218
Kawasan : Sibuti, Sarawak
No. Telefon : 085-612169
No. Fax : 085-614169
E-Mail : Sibuti@Gmail.Com
Alamat Surat-menyurat :
Pejabat Ahli Parlimen P.218 & Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen P.218 Sibuti,
Lot 11185, Tingkat 1, Taman Jelita Shophouse,
Taman Tunku,98000 Miri,Sarawak.
Penghulu / Ketua Kampung
Nama Ketua Masyarakat: Januin Bin Taha
Jawatan : Penghulu
Bidangkuasa/Kawasan : Peliau, Jambu, Mumong, Angus, Menjelin, Sasam, Terahad, Selanyau, Bungai Gratas, Sibuti.
No Telefon: Tiada.