Kisah Kejayaan
CELIK IT
Mohd Aerel Exmal
Mohd Aerel Exmal merupakan pelajar Tingkatan 2 di SMK Bekenu dan berusia 14 tahun. Beliau sering menggunakan kemudahan komputer dan internet berkelajuan tinggi di awal penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peliau Bungai di samping menjadi ahli PEDi pada tahun 2017. Dengan adanya PEDi ini membantu beliau untuk mempelajari ilmu ICT di samping dapat meneroka dan mengikuti perkembangan di luar mahupun di dalam negara. Tambahan pula, dengan adanya internet berkelajuan tinggi, ia dapat membantu penduduk setempat untuk melayari internet kerana tiada capaian internet di kawasan sekitar PEDi. Sebelum penglibatan beliau di PEDi Peliau Bungai, beliau kurang pendedahan mengenai komputer, sukar untuk mendapatkan maklumat dalam pembelajaran tanpa sebarang kemudahan internet di sekitar Kampung Peliau Bungai, dan tiada asas komputer dan aplikasi dalam komputer. Dengan adanya kelas yang dianjurkan oleh PEDi, beliau dapat belajar dan menambah ilmu pengetahuan serta meningkatkan ilmu pengetahuan dalam ICT
CELIK IT
Mohd Shahminzan
Mohd Shahminzan berumur 15 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan 3 SMK Bekenu. Beliau menjadi ahli berdaftar di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peliau Bungai semenjak pada tahun 2017 lagi. Beliau sering berkunjung ke PEDi Peliau Bungai untuk melayari internet bagi mendapatkan maklumat dalam pembelajaran. Pada awalnya, Mohd Shahminzan sudahpun mempunyai serba sedikit pengetahuan berkenaan dengan ICT. Namun melalui tunjuk ajar serta hasil program yang disertainya di PEDi Peliau Bungai, kini beliau lebih cekap menggunakan internet bagi mencari maklumat terutamanya dalam bidang pelajaran dan beliau juga mempunyai kumpulan perbincangan untuk kerja sekolah sendiri melalui aplikasi Whatsapp. Pengenalan berkenaan kegunaan teknologi ke arah penggunaan yang betul beliau amalkan dalam kehidupannya seharian. Sebelum penggunaan ICT dan penglibatannya di PEDi, beliau akui agak kurang pendedahan dengan teknologi ICT dan terpaksa pergi jauh untuk mendapatkan perkhidmatan komputer dan internet
Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari PI
Irna Syakila Binti Tuah
Irna Syakila Binti Tuah merupakan ahli Pusat Internet Peliau Bungai yang ke-2 terawal mendaftar sejak bermula nya operasi PI Peliau Bungai. Irna Merupakan ahli PI yang aktif. Kebanyakkan kelas atau atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI, Irna antara yang terawal mendaftar untuk menyertainya.
Besekolah di SMK Bekenu dalam tingkatan 5, menjadikan Irna sebagai seorang pelajar yang sibuk di dalam pembelajarannya, terutamanya dalam menyiapkan kerja kursus serta mengulangkaji. Oleh itu, Irna sering menghabiskan masa terluang beliau di PI bagi mencari maklumat untuk kerja kursus beliau. Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan dalam PI, beliau kurang pendedahan dengan teknologi ICT, dan untuk mendapatkan perkhidmatan komputer dan internet, beliau perlu keluar agak jauh dari kawasan kampung. Selain itu juga, beliau akui, kurang pendedahan berkenaan cara penggunaan Microsoft Office yang betul.
Pusat Internet 1 Malaysia amat membantu dan ternyata selepas penggunaan ICT dan penglibatan beliau secara tidak langsung dengan program-program yang dilaksanakan oleh Pusat internet 1 Malaysia, Irna telah menjadikan PI Peliau Bungai sebagai tempat untuk mengulangkaji pembelajarannya serta tempat mencari maklumat. Kini Irna mahir di dalam penggunaan Microsoft Office serta Power Point untuk membuat kerja kursus serta untuk membentangkan hasil kerja kursus beliau. Irna juga telah sentiasa mengamalkan prinsip KLIK DENGAN BIJAK di dalam menggunakan internet yang disediakan.
Qamma Rezza Qushairy Bin Yusri
Qamma Rezza Qushairy Bin Yusri merupakan ahli Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai sejak awal penubuhan PI Peliau Bungai. Qamma Rezza juga merupakan ahli PI yang sangat aktif. Kebanyakkan kelas atau atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI, Qamma Rezza sentiasa menyertainya. Selain bijak dalam pembelajarannya, Qamma Rezza juga bijak di dalam memanfaatkan peluang yang ada untuk mempelajari tentang ICT di PI Peliau Bungai. Apa yang dia tidak tahu tentang ICT, dia sering merujuk kepada Pengurus atau Penolong Pengurus PI Peliau Bungai untuk keterangan yang lebih lanjut sekali gus menjadikan dia lebih mahir di dalam penggunaan Microsoft Office.
Sebelum ini, beliau kurang pendedahan dengan teknologi ICT, tidak mengetahui cara penggunaan Microsoft Office yang sebetulnya, malah kurang pendedahan tentang penggunaan Internet dan komputer. Selepas penggunaan ICT dan penglibatannya dengan PI, Qamma Rezza kini banyak menggunakan Youtube untuk melihat video-video yang berkaitan dengan pembelajaran terutamnya dalam dunia Sains. Beliau juga lebih mahir dalam penggunaan Microsoft Office. Selain daripada itu juga, Qamma Rezza Qushairy juga sentiasa mengamalkan prinsip KLIK DENGAN BIJAK di dalam menggunakan internet yang disediakan.
Farhana Qismiena Sazwanie
Farhana Qismiena Sazwanie merupakan ahli Pusat Internet Peliau Bungai sejak awal penubuhan PI Peliau Bungai. Pada awalnya, Farhana Qismiena tidak mempunyai pengetahuan langsung berkenaan dengan ICT. Namun melalui tunjuk ajar serta hasil program yang disertainya di Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai, kini beliau lebih mudah mencari maklumat terutamanya dalam bidang pelajaran dan beliau juga mempunyai group perbincangan untuk kerja sekolah sendiri melalui aplikasi Whatsapp.
Pengenalan berkenaan kegunaan teknologi ke arah penggunaan yang betul beliau amalkan dalam kehidupannya seharian. Beliau juga merupakan ahli PI yang sangat aktif. Kebanyakkan kelas atau atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI, Farhana Qismiena tidak akan melepaskan peluang untuk menyertainya. Selain cepat belajar, Farhana Qismiena juga bijak di dalam memanfaatkan peluang yang ada untuk mempelajari tentang ICT di PI Peliau Bungai. Apa yang dia tidak tahu tentang ICT, dia sering merujuk kepada Pengurus atau Penolong Pengurus PI Peliau Bungai untuk keterangan yang lebih lanjut sekali gus menjadikan dia lebih mahir di dalam pencarian maklumat secara digital.
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan dengan PI, beliau kurang pendedahan dengan teknologi ICT, tidak mengetahui cara penggunaan Microsoft Office yang sebetulnya, dan tidak mengetahui tentang penggunaan Internet dan komputer. Namun, selepas penglibatan bersama PI dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan, Farhana Qismiena kini banyak menggunakan Youtube untuk melihat video-video yang berkaitan dengan pelajaran dan melayari web pendidikan untuk rujukan pembelajaran. Farhana Qismiena kini lebih mahir di dalam penggunaan Microsoft Office
Nurul Safiyah Binti Mohamad Saferi
Nurul Safiyah Binti Mohamad Saferi merupakan ahli Pusat Internet Peliau Bungai sejak awal penubuhan PI Peliau Bungai. Pada awalnya, Nurul Safiyah Binti Mohamad Saferi sudahpun mempunyai serba sedikit pengetahuan berkenaan dengan ICT. Namun melalui tunjuk ajar serta hasil program yang disertainya di Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai, kini beliau lebih cekap menggunakan internet bagi mencari maklumat terutamanya dalam bidang pelajaran dan beliau juga mempunyai group perbincangan untuk kerja sekolah sendiri melalui aplikasi Whatsapp.
Pengenalan berkenaan kegunaan teknologi ke arah penggunaan yang betul beliau amalkan dalam kehidupannya seharian. Beliau juga merupakan ahli PI yang sangat aktif. Kebanyakkan kelas atau atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI, beliau tidak akan melepaskan peluang untuk menyertainya. Selain cepat belajar, Nurul Safiyah juga bijak di dalam memanfaatkan peluang yang ada untuk mempelajari tentang ICT di PI Peliau Bungai. Apa yang dia tidak tahu tentang ICT, dia sering merujuk kepada Pengurus atau Penolong Pengurus PI Peliau Bungai untuk keterangan yang lebih lanjut sekali gus menjadikan dia lebih mahir di dalam pencarian maklumat secara digital.
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan beliau bersama PI, beliau mempunyai serba sedikit pengetahuan berkenaan dengan teknologi ICT, tidak mempunyai platform untuk mempelajari ilmu berkenaan ICT, dan tiada jaringan internet jalur lebar di kampungnya. Namun, selepas penubuhan PI, Nurul Safiyah kini banyak menghabiskan masa ke Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Beliau juga lebih mahir di dalam penggunaan komputer dalam pencarian maklumat.
Sufiyah Syuhada Yong
Sufiyah Syuhada Yong merupakan ahli Pusat Internet Peliau Bungai cilik yang terawal mendaftar sejak bermulanya operasi PI Peliau Bungai. Sufiyah merupakan ahli PI yang aktif. Beliau sering mengikuti dan menyertai program-program yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai.
Besekolah di SK Kampung Bungai, Pusat Internet 1 Malaysia menjadi tempat persinggahan Sufiyah selepas waktu persekolahan di atas faktor jarak yang dekat. Sufiyah menjadikan Pusat Internet 1 Malaysia sebagai pusat rujukan sumber maklumat untuk membantunya dalam kurikulum. Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Sufiyah dengan PI, beliau akui agak kurang pendedahan dengan teknologi ICT dan terpaksa pergi jauh untuk mendapatkan perkhidmatan Komputer & internet. Beliau juga kurang mengetahui cara penggunaan Microsoft Office yang sebetulnya.
Namun, selepas penggunaan ICT dan penglibatan beliau dengan PI, Sufiyah telah menjadikan PI Peliau Bungai sebagai tempat untuk mengulangkaji pembelajarannya serta tempat mencari maklumat. Kini Sufiyah mahir mencari maklumat melalui sumber yang betul dari internet. Sufiyah juga sentiasa mengamalkan prinsip KLIK DENGAN BIJAK di dalam menggunakan internet yang disediakan.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI
Jellim Edward Martin
Jellim Edward Martin atau terkenal dengan nama Uncle Jay merupakan Ahli Pusat Internet Pantai Peliau sejak awal penubuhan PI Peliau Bungai. Berumur 31 tahun dan telah berkeluarga yang kini dikurniakan 2 orang cahaya mata yang masing-masing berumur 5 dan 4 tahun. Ayah kepada 2 orang anak ini kini bekerja di PI Peliau Bungai sebagai seorang Pengurus. Kejayaan sebagai seorang usahawan kini semakin diperkembangkan dengan adanya penubuhan PI Peliau Bungai. Ini kerana, dengan kemudahan internet yang ada, hal ini membolehkan beliau mempromosikan perniagaan beliau sebagai Badut/ “Balloon decoration”/ Pengacara Majlis melalui Facebook.
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan dalam PI, beliau akui bahawa beliau kurang pendedahan dengan kepada capaian internet yang mempunyai kelajuan yang tinggi. Selain itu, perniagaan dilakukan hanya melalui “door to door” marketing. Permintaan terhadap perkhidmatan Badut/ pengacara majlis/ balloon decoration juga kurang memberansangkan.
Pelibatan beliau di PI Peliau Bungai kini membolehkan beliau mempromosikan perniagaannya hanya diatas talian sahaja. Selepas membuat page “Si Badut Kunka/Kunka The Clown” di facebook, perniagaan beliau semakin dikenali ramai. Dan kini perkhidmatan beliau banyak mendapat tempahan dari pelbagai pelusuk di Sarawak bahkan di Brunei. Kini perniagaan Beliau juga sering mendapat tempahan daripada syarikat-syarikat besar seperti Telekom, pelbagai syarikat cari gali, badan-badan kerajaan dan NGO dan ramai lagi.
Abdul Mohamad Nizam Bin Sanai Mad
Abdul Mohamad Nizam Bin Sanai Mad yang juga dikenali dengan panggilan Ucu oleh penduduk kampung dan saudara mara merupakan Ahli Pusat Internet Pantai Peliau sejak awal penubuhan PI Peliau Bungai. Berumur 28 tahun dan kini memiliki perniagaan sendiri iaitu pengusaha Burger dan juga Katering. Pada mulanya, perniagaan dalam bidang catering ini adalah sebagai sambilan sahaja.
Selepas beliau tamat dalam pengajiannya di sebuah institut swasta. Namun kini, Nizam nekad untuk mengusahakan perniagaanya sepenuh masa. Kejayaan sebagai seorang usahawan kini semakin diperkembangkan dengan adanya penubuhan PI Peliau Bungai. Ini kerana, dengan kemudahan internet yang ada, hal ini membolehkan beliau mempromosikan perniagaan beliau melalui Facebook.
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatannya dalam PI, beliau akui kurang pendedahan dengan kepada capaian internet yang mempunyai kelajuan yang tinggi. Selain itu, perniagaan dijalankan hanya disekitar Peliau Bungai sahaja. Permintaan terhadap perkhidmatan catering pada mulanya masih kurang diketahui dan sambutan hanya di dalam kawasan kampung sahaja. Pelibatan beliau di PI Peliau Bungai kini membolehkan beliau mempromosikan perniagaannya hanya diatas talian sahaja. Perniagaannya semakin diketahui ramai, sehinggakan ramai pelancong yang datang ke Pantai Peliau akan menggunakan perkhidmatan catering beliau.
Encik Sanai Bin Mad Ali
Encik Sanai Bin Mad Ali merupakan salah seorang penduduk kampung yang menjalankan aktiviti jualan hasil pertanian dan hasil tangkapan ikan secara kecil-kecilan. Beliau juga merupakan antara penduduk yang terawal mendaftar sebagai ahli Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai, sejak pusat ini beroperasi pada bulan Mei 2017.
Melalui penubuhan Pusat Internet ini, sedikit sebanyak membantu dalam memperkembangkan lagi perniagaan beliau. Beliau sering berkunjung ke pusat ini untuk mendapatkan informasi berkenaan dengan perniagaan serta cara untuk mengkomersialkan produk yang dijual oleh beliau. Selain itu, beliau sering mengikuti kursus-kursus pendek yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai.
Menurut beliau lagi, penubuhan pusat sebegini amat bermanfaat dan membantu penduduk kampung sepertinya untuk lebih mengetahui selok-belok dalam perniagaan dan harapan beliau, melalui facebook dan blog, beliau berharap agar perniagaan beliau boleh diperkembangkan lagi. Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI ini, beliau tidak mempunyai pengetahuan asas tentang komputer. Perniagaan pula dijalankan hanya pada hujung minggu di “tamu” (deretan kedai kecil) berhadapan dengan Pantai Peliau Bungai, tiada permintaan terhadap produk, jualan dibuat secara tidak langsung berdasarkan jumlah pengunjung yang singgah ke Pantai Peliau.
Namun, sejak menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai, dan mengikuti kursus-kursus ICT percuma, beliau lebih terdedah dengan platform online untuk berniaga seperti blog dan facebook. Melalui promosi jualan melalui facebook, permintaan produk tidak terhad kepada hujung minggu sahaja, malah beliau akan menyediakan produk berdasarkan permintaan pelanggan.
Nur Filzatunnafsi Binti Farizan
Nur Filzatunnafsi Binti Farizan merupakan ahli Pusat Internet Peliau Bungai sejak awal penubuhan PI Peliau Bungai. Pada awalnya, Nur Filzatunnafsi sudahpun mempunyai serba sedikit pengetahuan berkenaan dengan ICT. Namun melalui tunjuk ajar serta hasil program yang disertainya di Pusat Internet Peliau Bungai, kini beliau lebih cekap menggunakan internet bagi mencari maklumat terutamanya dalam bidang pelajaran dan beliau juga mempunyai group perbincangan untuk kerja sekolah sendiri melalui aplikasi Whatsapp.
Pengenalan berkenaan kegunaan teknologi ke arah penggunaan yang betul beliau amalkan dalam kehidupannya seharian. Beliau juga merupakan ahli PI yang sangat aktif. Kebanyakkan kelas atau atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI, beliau tidak akan melepaskan peluang untuk menyertainya. Selain cepat belajar, Nur Filzatunnafsi juga bijak di dalam memanfaatkan peluang yang ada untuk mempelajari tentang ICT di PI Peliau Bungai. Apa yang dia tidak tahu tentang ICT, dia sering merujuk kepada Pengurus atau Penolong Pengurus PI Peliau Bungai untuk keterangan yang lebih lanjut sekali gus menjadikan dia lebih mahir di dalam pencarian maklumat secara digital.
Muhd Nur Iftiqhar Bin Farizan
Muhd Nur Iftiqhar Bin Farizan merupakan ahli Pusat Internet Peliau Bungai sejak awal penubuhan PI Peliau Bungai. Pada awalnya, Muhd Nur Iftiqhar sudahpun mempunyai serba sedikit pengetahuan berkenaan dengan ICT. Namun melalui tunjuk ajar serta hasil program yang disertainya di Pusat Internet Peliau Bungai, kini beliau lebih cekap menggunakan internet bagi mencari maklumat terutamanya dalam bidang pelajaran dan beliau juga mempunyai group perbincangan untuk kerja sekolah sendiri melalui aplikasi Whatsapp.
Pengenalan berkenaan kegunaan teknologi ke arah penggunaan yang betul beliau amalkan dalam kehidupannya seharian. Beliau juga merupakan ahli PI yang sangat aktif. Kebanyakkan kelas atau atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI, beliau tidak akan melepaskan peluang untuk menyertainya. Selain cepat belajar, Muhd Nur Iftiqhar juga bijak di dalam memanfaatkan peluang yang ada untuk mempelajari tentang ICT di PI Peliau Bungai.
Apa yang dia tidak tahu tentang ICT, dia sering merujuk kepada Pengurus atau Penolong Pengurus PI Peliau Bungai untuk keterangan yang lebih lanjut sekali gus menjadikan dia lebih mahir di dalam pencarian maklumat secara digital.Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Sufiyah dengan PI1M, beliau akui agak kurang pendedahan dengan teknologi ICT dan terpaksa pergi jauh untuk mendapatkan perkhidmatan Komputer & internet. Beliau juga kurang mengetahui cara penggunaan Microsoft Office yang sebetulnya.
Warga Emas Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari PI
Encik Nawar Bin Kadir merupakan salah seorang penduduk kampung yang menjalankan perkhidmatan “Homestay” di Kampung Peliau Bungai. Beliau juga merupakan antara penduduk yang terawal mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Peliau Bungai, sejak pusat ini beroperasi pada bulan Mei 2017. Melalui penubuhan Pusat Internet ini, sedikit sebanyak membantu dalam memperkembangkan lagi perniagaan beliau sebagai contoh melalui kelas pengenalan “Facebook” yang dianjurkan, beliau lebih aktif mempromosikan perkhidmatan “homestay” beliau melalui social media.
Beliau sering berkunjung ke pusat ini untuk mendapatkan informasi berkenaan dengan perniagaan serta cara untuk mengkomersialkan produk dan perkhidmatan. Selain itu, beliau sering mengikuti kursus-kursus pendek yang dianjurkan oleh Pusat Internet Peliau Bungai. Menurut beliau lagi, penubuhan pusat sebegini amat bermanfaat dan membantu penduduk kampung sepertinya untuk lebih mengetahui selok-belok dalam perniagaan dan harapan beliau, melalui facebook dan blog, beliau berharap agar perniagaan beliau boleh diperkembangkan lagi.
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI1M ini, beliau tidak mempunyai pengetahuan asas tentang komputer. Namun, sejak menjadi ahli Pusat Internet Peliau Bungai, dan mengikuti kursus-kursus ICT percuma, beliau lebih terdedah dengan platform online untuk berniaga seperti blog dan facebook. Melalui promosi jualan melalui facebook, perkhidmatan “homestay” nya lebih mudah dikenali.
Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari PI
Yanti Binti Abdullah merupakan ahli Pusat Internet Peliau Bungai sejak awal penubuhan PI Peliau Bungai. Pada awalnya, Yanti Binti Abdullah sudahpun mempunyai serba sedikit pengetahuan berkenaan dengan ICT. Namun melalui tunjuk ajar serta hasil program yang disertainya di Pusat Internet Peliau Bungai, kini beliau lebih cekap menggunakan internet bagi mencari maklumat terutamanya dalam bidang pelajaran dan beliau juga mempunyai group perbincangan untuk kerja sekolah sendiri melalui aplikasi Whatsapp.
Pengenalan berkenaan kegunaan teknologi ke arah penggunaan yang betul beliau amalkan dalam kehidupannya seharian. Beliau juga merupakan ahli PI yang sangat aktif. Kebanyakkan kelas atau atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI, beliau tidak akan melepaskan peluang untuk menyertainya. Selain cepat belajar, Yanti juga bijak di dalam memanfaatkan peluang yang ada untuk mempelajari tentang ICT di PI Peliau Bungai. Apa yang dia tidak tahu tentang ICT, dia sering merujuk kepada Pengurus atau Penolong Pengurus PI Peliau Bungai untuk keterangan yang lebih lanjut sekali gus menjadikan dia lebih mahir di dalam pencarian maklumat secara digital.
Maxwell anak Raul
Maxwell anak Raul merupakan pelajar Tingkatan 1, SMK Suai. Hasil daripada program KEM ICT/ PASCA UPSR yang dijalankan bersama Pusat Internet Peliau Bungai di Sk Sungai Saeh pada tahun lalu, kini beliau banyak menunjukkan peningkatan dalam penggunaan Microsoft word dan juga powerpoint.Daripada asalnya, beliau tidak tahu dan tidak pernah menggunakan Microsoft word serta Microsoft Powerpoint.
Setelah tamat kem ICT beliau menunjukkan peningkatan dalam penggunaan MS Word dan MS Powerpoint, lebih-lebih lagi berkenaan dengan format tulisan yang sesuai digunakan untuk kerja kursus,cara memasukkan jadual ke dalam Microsoft word, "spacing" yang sesuai serta cara mencari maklumat yang betul dan tepat di internet.
Stanley Anak Ngadan
Stanley Anak Ngadan merupakan pelajar Tingkatan 1, SMK Suai. Hasil daripada program KEM ICT/ PASCA UPSR yang dijalankan bersama Pusat Internet Peliau Bungai di Sk Sungai Saeh pada tahun lalu, kini beliau banyak menunjukkan peningkatan dalam penggunaan Microsoft word dan juga powerpoint.Daripada asalnya, beliau tidak tahu dan tidak pernah menggunakan Microsoft word serta Microsoft Powerpoint.
Setelah tamat kem ICT beliau menunjukkan peningkatan dalam penggunaan MS Word dan MS Powerpoint, lebih-lebih lagi berkenaan dengan format tulisan yang sesuai digunakan untuk kerja kursus,cara memasukkan jadual ke dalam Microsoft word, "spacing" yang sesuai serta cara mencari maklumat yang betul dan tepat di internet.
Encik Abdul Mohamad Nizam bin Sanai Mad
Encik Abdul Mohamad Nizam bin Sanai Mad merupakan seorang usahawan dalam perniagaan burger dan katering. Beliau merupakan antara orang terawal yang menjadi ahli Pusat Internet Peliau sejak penubuhannya. Selepas beliau tamat dalam pengajiannya di sebuah institut swasta, beliau memulakan perniagaan burger dan katering secara sambilan dan kecil-kecilan. Beliau nekad untuk mengusahakan perniagaannya sepenuh masa.
Perniagaan beliau mendapat sambutan yang menggalakan daripada penduduk berdekatan dan pengunjung yang datang ke Pantai Peliau, beliau memperluaskan lagi perniagaan dengan menjual aneka jenis burger Sehingga kini, perniagaan beliau sentiasa mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dan berkembang dengan menggunakan inisiatif perniagaan secara atas talian selain datang ke gerai “Burgerlicious” milik beliau sendiri di Tamu Kampung Peliau. Dengan adanya kemudahan internet di Pusat Internet Peliau, ini membolehkan beliau mempromosikan perniagaan beliau melalui Facebook dan aplikasi Whatssapp.
Puan Noornaseha
Puan Noornaseha merupakan seorang usahawan dalam perniagaan kuih,nasi lemak,belacan buatan sendiri, donut sejuk beku. Pada tahun 2013, atas minat yang mendalam dalam bidang masakan, beliau berniaga secara kecil-kecilan di Tamu Kampung Peliau dan Tamu Kampung Tanjung Bungai dengan menjual kuih muih.
Kuih muih beliau mendapat sambutan daripada penduduk kampong. Beliau mengembangkan lagi perniagaannya dengan menjual nasi lemak, biskut, belacan yang dibuat dan proses sendiri dan donut sejuk beku selain menjadi ejen syarikat Selamat Abadi Sdn. Bhd. Dengan inisiatif perniagaan atas talian, perniagaan beliau semakin maju di seluruh kampung yang berhampiran.
Puan Nuzilah
Puan Nuzilah merupakan seorang usahawan dalam perniagaan roti,kek, tart dan waffle. Sebelum berkecimpung dalam bidang perniagaan, beliau merupakan guru pastri di Yayasan Teknikal Sabah. Berbekalkan ilmu dalam bidang pastri yang beliau miliki dan pelajari, Puan Nuzilah memulakan perniagaan membuat kek dan tart secara kecil-kecilan.
Setelah mendapat sambutan yang menggalakan daripada pembeli, beliau memperluaskan lagi perniagaan dengan menjual wafel dan yang terbaru ialah beliau menjalankan perniagaan roti. Sehingga kini, perniagaan beliau sentiasa mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dan berkembang dengan menggunakan inisiatif perniagaan secara atas talian.
Celik IT - Nur Aza Aina
Nur Aza Aina berumur 11 tahun yang merupakan pelajar Tahun 5 di SK Kampung Bungai. Beliau menjadi ahli yang berdaftar di Pusat Internet (PI) Peliau Bungai semenjak pada tahun 2017 lagi. Beliau merupakan antara ahli yang aktif dalam menggunakan kemudahan internet dan sering ke pusat internet untuk menggunakan kemudahan komputer untuk mendapatkan maklumat terkini di luar. Selain itu, Nur Aza Aina juga gemar melibatkan diri dalam pelbagai kelas dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Peliau Bungai. Sebelum penglibatan beliau di PI Peliau Bungai, beliau kurang pendedahan mengenai komputer, sukar untuk mendapatkan maklumat dalam pembelajaran tanpa sebarang kemudahan internet di sekitar Kampung Peliau Bungai, dan tiada asas komputer dan aplikasi dalam komputer.
Selepas penglibatan beliau di PI Peliau Bungai, beliau dapat belajar tentang asas ICT seperti asas komputer, asas Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Microsoft Excel dan Pengenalan kepada Email serta fungsinya, seterusnya meningkatkan kemahiran beliau dalam ICT. Dengan adanya kelas yang dianjurkan oleh PI, beliau dapat belajar dan mendalami penggunaan ICT. Antara program yang beliau sertai di PI adalah Kelas ICT seperti kelas asas komputer, asas Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Microsoft Excel dan Pengenalan kepada Email dan fungsinya dan lain-lain lagi.
Celik IT - Farhana Qismina Sazwanie
Farhana Qismina Sazwanie berumur 13 tahun,merupakan pelajar Tingkatan 1 di SMK Bekenu. Beliau menjadi ahli yang berdaftar di Pusat Internet (PI) Peliau Bungai semenjak pada tahun 2017 lagi. Beliau merupakan antara ahli yang aktif dalam menggunakan kemudahan internet dan sering ke pusat internet untuk membuat kerja kursus dan latihan yang diberikan di sekolah. Tambhan pula, Farhana Qismina juga gemar melibatkan diri dalam pelbagai kelas dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Peliau Bungai. Sebelum penglibatan beliau di PI Peliau Bungai, beliau kurang pendedahan mengenai komputer, sukar untuk mendapatkan maklumat dalam pembelajaran tanpa sebarang kemudahan internet di sekitar Kampung Peliau Bungai, dan tiada asas komputer dan aplikasi dalam komputer.
Selepas penglibatan beliau di PI Peliau Bungai, beliau dapat belajar tentang asas komputer, asas Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, pembentangan dan mengedit gambar, seterusnya meningkatkan kemahiran beliau dalam ICT. Dengan adanya kelas yang dianjurkan oleh PI, beliau dapat belajar dan mendalami penggunaan ICT. Antara program yang beliau sertai di PI adalah Kelas Asas Komputer dan Microsoft Word pada 26 September 2020, Photo Editing menggunakan aplikasi PicsArt pada 12 Julai 2020, Kelas Asas Microsoft Powerpoint pada 23 Julai 2017 dan lain-lain lagi.
Celik IT - Nurul Qaireen Bashirah
Nurul Qaireen Bashirah berumur 9 tahun yang merupakan pelajar Tahun 3 di SK Kampung Bungai. Beliau menjadi ahli yang berdaftar di Pusat Internet (PI) Peliau Bungai semenjak pada tahun 2017 lagi. Nurul Qaireen Bashirah gemar melibatkan diri dalam kelas dan yang dijalankan di Pusat Internet Peliau Bungai. Sebelum penglibatan beliau di PI Peliau Bungai, beliau kurang pendedahan mengenai komputer dan tiada asas komputer dan aplikasi dalam komputer.
Selepas penglibatan beliau di PI Peliau Bungai, beliau dapat belajar tentang asas ICT seperti asas komputer, asas Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Microsoft Excel dan Pengenalan kepada Email serta fungsinya, seterusnya meningkatkan kemahiran beliau dalam ICT. Dengan adanya kelas yang dianjurkan oleh PI, beliau dapat belajar dan mendalami penggunaan ICT. Antara program yang beliau sertai di PI adalah Kelas ICT seperti kelas asas komputer, asas Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Microsoft Excel dan Pengenalan kepada Email dan fungsinya.
Celik IT - Zuniesha Aniez Binti Zulkiflee
Zuniesha Aniez Binti Zulkiflee merupakan pelajar Tahun 6 di SK Kampung Bungai. Beliau merupakan ahli Pusat Internet (PI) Peliau Bungai semenjak dari tahun 2017 lagi. Beliau merupakan ahli yang aktif dalam mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Peliau Bungai. Sebelum penglibatan beliau di PI Peliau Bungai, beliau kurang pendedahan mengenai komputer, sukar untuk mendapatkan maklumat dalam pembelajaran tanpa sebarang kemudahan internet, tiada asas pengendalian dan aplikasi di dalam komputer.
Selepas penglibatan beliau di PI Peliau Bungai, selain dapat belajar mengenai komputer, cara pengendalian komputer dan aplikasi di dalam komputer, beliau banyak menunjukkan peningkatan dalam ICT terutama Microsoft Office dan Microsoft Powerpoint. Dengan adanya Kelas Asas Microsoft Office yang dijalankan di Pusat Internet Peliau baru- baru ini, beliau dapat belajar dan mendalami kegunaan Microsoft Word dan Powerpoint dan fungsi-fungsinya. Antara program dalam kendalian PI yang beliau sertai ialah Kelas Asas Komputer dan Microsoft Word pada 19 September 2020, presentation skills pada tahun 30 Julai 2017, kelas kreatif (membuat penanda buku) pada 6 Ogos 2017, dan juga lain-lain aktiviti.
Celik IT - Mohamad Hazik Hafizi
Mohamad Hazik Hafizi berumur 13 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan 1 SMK Bekenu. Beliau menjadi ahli yang berdaftar di Pusat Internet (PI) Peliau Bungai semenjak pada tahun 2017 lagi. Beliau merupakan antara ahli yang aktif dalam menggunakan kemudahan internet dan sering ke pusat internet untuk menggunakan kemudahan komputer untuk mendapatkan maklumat terkini di luar. Selain itu, Mohamad Hazik Hafizi juga gemar melibatkan diri dalam pelbagai kelas dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Peliau Bungai. Sebelum penglibatan beliau di PI Peliau Bungai, beliau kurang pendedahan mengenai komputer, sukar untuk mendapatkan maklumat dalam pembelajaran tanpa sebarang kemudahan internet di sekitar Kampung Peliau Bungai, dan tiada asas komputer dan aplikasi dalam komputer.
Selepas penglibatan beliau di PIK Peliau Bungai, beliau dapat belajar tentang asas ICT seperti asas komputer, asas Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Microsoft Excel dan Pengenalan kepada Email serta fungsinya, seterusnya meningkatkan kemahiran beliau dalam ICT. Dengan adanya kelas yang dianjurkan oleh PI, beliau dapat belajar dan mendalami penggunaan ICT. Antara program yang beliau sertai di PI adalah Kelas ICT seperti kelas asas komputer, asas Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Microsoft Excel dan Pengenalan kepada Email dan fungsinya dan lain-lain lagi.
Celik IT - Nurul Safiyah
Nurul Safiyah berumur 16 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan 4 SMK Bekenu. Beliau menjadi ahli yang berdaftar di Pusat Internet (PI) Peliau Bungai semenjak pada tahun 2017 lagi. Beliau merupakan antara ahli yang aktif dalam menggunakan kemudahan internet dan sering ke pusat internet untuk menggunakan kemudahan komputer untuk mendapatkan maklumat terkini di luar. Selain itu, Nurul Safiyah juga gemar melibatkan diri dalam pelbagai kelas dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Peliau Bungai. Sebelum penglibatan beliau di PI Peliau Bungai, beliau kurang pendedahan mengenai komputer, sukar untuk mendapatkan maklumat dalam pembelajaran tanpa sebarang kemudahan internet di sekitar Kampung Peliau Bungai, dan tiada asas komputer dan aplikasi dalam komputer. Selepas penglibatan beliau di PIK Peliau Bungai, beliau dapat belajar tentang asas ICT seperti asas komputer, asas Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Microsoft Excel dan Pengenalan kepada Email serta fungsinya, seterusnya meningkatkan kemahiran beliau dalam ICT. Dengan adanya kelas yang dianjurkan oleh PI, beliau dapat belajar dan mendalami penggunaan ICT. Antara program yang beliau sertai di PI adalah Kelas ICT seperti kelas asas komputer, asas Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Microsoft Excel dan Pengenalan kepada Email dan fungsinya dan lain-lain lagi.
Celik IT - Nur Aleanna
Nur Aleanna merupakan pelajar lepasan Tingkatan 5 di SMK Bekenu dan menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet Komuniti Peliau Bungai sejak tahun 2017. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Komuniti(PIK) bagi melayari internet untuk mendapatkan maklumat. Dengan adanya capaian internet berkelajuan tinggi yang disediakan, ia memudahkan beliau belajar secara atas talian semenjak kaedah Pelajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dijalankan di seluruh negara.Beliau juga suka melibatkan diri di dalam kelas yang dianjurkan oleh staf PIK. Sebelum penubuhan PIK, beliau sukar untuk mendapatkan maklumat disebabkan kekangan internet di kawasan Kampung Peliau Bungai. Namun, dengan adanya PIK, beliau lebih mudah untuk mendapatkan bahan rujukan di dalam pelajaran di sekolah serta maklumat terkini.
Celik IT - Nur Saidatul Syafiqah
Nur Saidatul Syafiqah merupakan pelajar di Politeknik Mukah dan menjadi ahli berdaftar di PIK Peliau Bungai sejak dari tahun 2017. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Komuniti(PIK) bagi melayari internet untuk mendapatkan maklumat di dalam pembelajaran beliau serta maklumat semasa. Tambahan pula, dengan adanya internet berkelajuan tinggi di PIK memudahkan beliau untuk belajar secara atas talian dengan menggunakan aplikasi zoom dan sebagainya semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Beliau juga gemar mengikuti kelas yang dianjurkan oleh PIK ketika beliau mempunyai masa lapang. Oleh kerana fasiliti yang lengkap di PIK, ia sangat memudahkan beliau untuk membuat tugasan yang diberikan. Sebelum penubuhan PIK, beliau sukar untuk mendapatkan maklumat disebabkan kekangan internet di kawasan Kampung Peliau Bungai. Namun, dengan adanya PIK, beliau lebih mudah untuk mendapatkan maklumat bagi tugasan yang diberikan.
Celik IT - Yanti Abdullah
Yanti merupakan pelajar universiti di Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) dan menjadi ahli berdaftar di PIK Peliau Bungai sejak dari tahun 2017. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Komuniti(PIK) bagi melayari internet untuk mendapatkan maklumat di dalam pembelajaran beliau serta informasi semasa. Dengan internet berkelajuan tinggi yang disediakan oleh PIK memudahkan beliau untuk melakukan tugasan dan kelas secara atas talian. Kekangan internet di kawasan Kampung Peliau Bungai sebelum terbinanya Pusat Internet Komuniti (PIK) Peliau Bungai. Buka sahaja PIK Peliau Bungai banyak membantu mendapatkan informasi tetapi ia banyak memudahkan beliau untuk menyelesaikan tugasan diberikan.
Celik IT - Zuniza Elisa
Zuniza Elisa merupakan pelajar sekolah menengah dan menjadi ahli berdaftar di PIK Peliau Bungai sejak dari tahun 2017. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Komuniti(PIK) bagi melayari internet untuk mendapatkan maklumat di dalam pembelajaran beliau serta maklumat semasa. Tambahan pula, dengan adanya internet berkelajuan tinggi di PIK memudahkan beliau untuk belajar secara atas talian dengan menggunakan aplikasi zoom dan sebagainya semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Fasiliti yang lengkap di PIK memudahkan beliau untuk membuat tugasan yang diberikah oleh guru. Sebelum adanya PIK, beliau sukar untuk mendapatkan maklumat disebabkan kekangan internet di kawasan Kampung Peliau Bungai. Namun, dengan adanya PIK, beliau lebih mudah untuk mendapatkan maklumat bagi tugasan yang diberikan.