Rekreasi Dan Pelancongan
Taman Rekreasi Pantai Peliau Bungai, Subis
Jarak Bandaraya Miri ke Pantai Bungai sekitar 46-50 km yang terletak dalam daerah Subis. Ianya mengambil masa selama 40 minit hingga 50 minit untuk sampai ke Pantai Bungai. Kawasan kampung (Kpg Bungai) di Pantai Bungai majoritinya didiami oleh kaum Kedayan dan beragama Islam.Kebanyakan penduduk di Kpg Bungai bekerja sebagai petani, nelayan dan ada juga yang bekerja di sektor swasta maupun sektor awam. Pantai Bungai sekarang dalam proses penambahbaikan dan pembinaan pentas serta infrastruktur baru bagi keselesaan para-para pelancong untuk melawat pantai tersebut.
Pantai Bungai menghadap Laut China Selatan dan suasana untuk melihat matahari terbenam amat sesuai. Pantainya yang bersih dan panjang memang sesuai untuk kita beriadah. Tentang penginapan tidak menjadi masalah kerana di situ banyak terdapat chalet-chalet, yang murah serta “Homestay” juga terdapat di situ. Hujung minggu,ramai pengunjung,pelancong dari luar datang bersantai di Pantai Bungai.
Taman Rekreasi Pantai Bungai, Subis
Jarak Bandaraya Miri ke Pantai Bungai sekitar 46-50km yang terletak dalam daerah Subis. Ianya mengambil masa selama 40 minit hingga 50 minit untuk sampai ke Pantai Bungai. Kawasan kampung (Kpg Bungai) di Pantai Bungai majoritinya didiami oleh kaum Kedayan dan beragama Islam.Kebanyakan penduduk di Kpg Bungai bekerja sebagai petani, nelayan dan ada juga yang bekerja di sektor swasta maupun sektor awam. Pantai Bungai sekarang dalam proses penambahbaikan dan pembinaan pentas serta infrastruktur baru bagi keselesaan para-para pelancong untuk melawat pantai tersebut. Pantai Bungai menghadap Laut China Selatan dan suasana untuk melihat matahari terbenam amat sesuai. Pantainya yang bersih dan panjang memang sesuai untuk kita beriadah. Tentang penginapan tidak menjadi masalah kerana di situ banyak terdapat chalet-chalet, yang murah serta “Homestay” juga terdapat di situ. Hujung minggu,ramai pengunjung,pelancong dari luar datang bersantai di Pantai Bungai.
Pantai Tusan
Belakangan ini, nama Pantai Tusan sering menjadi sebutan umum terutamanya dalam kalangan masyarakat tempatan Sarawak berikutan fenomena‘Blue Tears’ atau Air Mata Biru yang mula ditemui oleh seorang jurugambar tempatan bernama Albert Song pada September 2015. Gambar-gambar menarik fenomena ini kemudiannya dimuat naik menerusi laman sosial dan menjadi ‘viral’.Fenomena ‘Blue Tears’ terhasil daripada fitoplankton iaitu sejenis tumbuhan marin mikroskopik yang hanyut di permukaan air yang menghasilkan cahaya biru terang apabila bertindak balas dengan kandungan oksigen dalam air laut. Keunikan pemandangan yang terhasil telah menggamit ramai pengunjung terutamanya peminat fotografi dari dalam dan luar negeri untuk turut sama merasai sendiri pengalaman unik tersebut di Tusan.
Taman Negara Niah (Gua Niah)
Gua Niah yang tersembunyi di dalam hutan di Miri terletak lebih 400km dari Kuching. Taman negara seluas 3,140 hektar ini meliputi kawasan paya gambut, hutan dipterocarp, serta batuan kapur yang besar di mana gua Niah terletak. Gua ini terdiri dari satu gua besar (The Great Cave) dan beberapa gua kecil.
Pada tahun 1958, pakar arkeologi menjumpai bukti pendudukan manusia di dalam gua sejak 40,000 tahun yang lalu. Lukisan batu dijumpai dalam apa yang kini dikenali sebagai Painted Cave, dan penemuan beberapa kayak kecil seperti keranda (kapal kematian) yang menandakan bahawa tapak ini pernah digunakan sebagai tanah perkuburan.
Dewan Homestay Kedayan Kg. Peliau, Bungai
Salah satu homestay yang terdapat di Kampung Peliau Bungai ialah Dewan Homestay Kedayan Kg. Peliau, Bungai. Lokasi yang strategik, berhadapan dengan pemandangan pantai yang indah merupakan salah satu daya tarikan untuk homestay ini. Jika 3 hingga 4 tahun yang lalu masalah tempat makan menjadi masalah dan sekarang ianya tidak menjadi masalah lagi di kawasan ini. Berdekatan dengan pantai Bungai terdapat kedai makanan yang menarik serta sesuai untuk seisi keluarga.
Jatidiri Farmstay
Terdapat pelbagai chalet-chalet yang disediakan yang terletak betul-betul berdekatan dengan Pantai Bungai. Salah satunya dimiliki oleh En. Hj Abdul Gani. En. Hj Abdul Gani menyediakan tempat tinggal bercorak Semi-D dan sebuah rumah sewa panjang yang diberi nama “JATI DIRI FARMSTAY”. Terdapat 10 buah bilik disediakan dengan harga yang berpatutan. Selain daripada chalet, pengunjung yang datang menginap boleh mengikuti pakej-pakej yang disediakan oleh Jati Diri Farmstay. En. Hj. Abdul Gani juga ada menyediakan pakej-pakej menarik untuk pelancong yang inginkan melakukan aktiviti lain contohnya, menjelajah ke air terjun berhampiran,jungle tracking ,nature walk dan yang paling menarik sekali ialah ada An all-terrain vehicle (ATV) ride. Terdapat tiga buah ATV 4 roda disediakan dan sewaan mengikut jam. Sejam hanya RM30.00 sebuah. En. Hj Abdul Gani juga ada menyediakan sewaan seperti “Power Kites” dan “Banana Boat”. Sewaan bagi “Banana Boat” ialah RM20 sejam. Bagi yang kaki pancing ada pakej memancing. Pengunjung hanya perlu bawa GPS dan rod pancing sendiri .Kawasan laut persisiran Pantai Bungai memang kaya dengan pelbagai jenis ikan yang menarik.
Gambar 12 & Gambar 13: Tim’s Seaside Hide-out, Beraya
Jika ingin menginap di kawasan yang lebih sunyi, Tim's Seaside Hideout terletak jauh dari kawasan bandar. Lokasinya betul-betul ditepi pantai yang cantik. Ia menyediakan beberapa buah chalet dengan harga yang berpatutan. Anda berpeluang melihat pemandangan matahari terbenam yang cukup cantik jika tinggal disini. Harga chalet semalam untuk 4 orang bermula dari RM200.
Gambar 14 & Gambar 15: Santai Si Jiak, Kpg. Tg. Bungai, Bungai, Sibuti
Salah satu tempat makanan yang menarik di Pantai Bungai ialah Santai Si Jiak. Selain makanan dan minuman biasa, mereka juga ada menjual ais kacang , ABC (Air Batu Campur). ABC amat sesuai untuk pengunjung di tepi pantai lebih-lebih lagi untuk tujuan santai. Kedai Santai Si Jiak ini adalah kepunyaan individu iaitu bernama Encik Hj.Abdul Gani Bin Kamit. Kedai makan ini telah dibuka pada penghujung tahun 2014 bulan Disember. Suasana gerai dan pondok-pondok gerai mereka terletak ditepi laut dikelilingi pokok-pokok ru, benting pasir sungai dan menghadap ke laut serta kita dapat melihat matahari terbenam (sunset) tanpa dihadang oleh pokok-pokok membuat kita berasa selesa berteman tiupan angin laut