Keusahawanan
Pengusaha Burger
Perniagaan Burger yang di usahakan oleh Abdul Mohamad Nizam Bin Sanai Mad semakin mendapat sambutan bukan sahaja dari penduduk setempat, tetapi juga dari kawasan sekitar. Beliau membuka kedai burgernya bersebelahan dengan Puat Internet 1 Malaysia, Kampung Peliau Bungai. Namun, beliau juga membuat penghantaran di kawasan sekitarnya. Untuk sebarang tempahan, beliau boleh di hubungi di talian 014-9967276.
Nor Asmida Binti Abdullah
Nor Asmida Binti Abdullah merupakan ahli Pusat Internet Peliau Bungai sejak awal penubuhan PI Peliau Bungai. Pada awalnya, Nor Asmida tidak mempunyai pengetahuan langsung berkenaan dengan ICT. Namun melalui tunjuk ajar serta hasil program yang disertainya di Pusat Internet 1 Malaysia peliau Bungai, kini beliau lebih mudah mencari maklumat terutamanya dalam bidang jahitan di mana beliau baru mula berkecimpung di dalam dunia jahitan. Beliau juga merupakan ahli PI yang sangat aktif.
Kebanyakkan kelas atau atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI, Nor Asmida sentiasa menyertainya. Selain cepat belajar, Nor Asmida juga bijak di dalam memanfaatkan peluang yang ada untuk mempelajari tentang ICT di PI Peliau Bungai. Apa yang dia tidak tahu tentang ICT, dia sering merujuk kepada Pengurus atau Penolong Pengurus PI Peliau Bungai untuk keterangan yang lebih lanjut sekali gus menjadikan dia lebih mahir di dalam pencarian maklumat secara digital.
Hasfarini Binti Hassim
Hasfarini Binti Hassim merupakan Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai. Dikenali dengan panggilan “Kak Hasfa” oleh penduduk sekitar dan juga merupakan Ahli Pusat Internet Pantai Peliau sejak awal penubuhan PI Peliau Bungai. Berumur 26 tahun mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan menggunakan Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai sebagai platform utama beliau. Pada mulanya, perniagaan dijalankan secara suka-suka sebagai mengisi masa lapang selepas mula bekerja di Pusat Internet 1 Malaysia ini.
Namun kini, Hasfarini cenderung untuk mengusahakan perniagaanya separuh masa. Kejayaan sebagai seorang usahawan kini semakin diperkembangkan dengan adanya penubuhan PI Peliau Bungai. Ini kerana, dengan kemudahan internet yang ada, ramai pelanggan yang mengunakan perkhidmatan Pusat Internet 1 Malaysia datang untuk bermain computer dan secara tidak langsung membeli produk yang dijualnya. Melalui penggunaan internet, penyelidikan berkenaan perniagaan runcit, sebagai contoh dari segi “packaging” membantu beliau meningkatkan lagi kualiti produk keluaran beliau.
Hasimah Binti Ajon
Hasimah Binti Ajon merupakan salah seorang sukarelawan Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai. Beliau sering membantu pihak Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai dalam menjalankan program atau aktiviti. Dikenali dengan panggilan “C-mot” oleh penduduk sekitar dan juga merupakan Ahli Pusat Internet Pantai Peliau sejak awal penubuhan PI Peliau Bungai.
Berumur 27 tahun mula menjalankan perniagaan jualan ikan segar hasil tunjuk ajar bapanya dan menggunakan Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai sebagai platform utama beliau dalam mempromosi produknya. Ini kerana, dengan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai,semakin ramai pelanggan yang datang berkunjung di pantai peliau Bungai. Melalui penggunaan internet, penyelidikan berkenaan perniagaan kecil-kecilan, ini amat membantu beliau meningkatkan lagi pemasaran produk keluaran beliau.
Junida Binti Juhani
Junida Binti Juhani merupakan alah seorang sukarelawan Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai. Dikenali dengan panggilan “Ida” oleh penduduk sekitar dan juga merupakan Ahli Pusat Internet Pantai Peliau sejak awal penubuhan PI Peliau Bungai. Beliau berumur 34 tahun mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan sejak sebelum penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai lagi.
Namun, sejak penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai sejak Mei tahun ini, beliau memenfaatkan penggunaan akses jalur lebar berkelajuan tinggi untuk mempromosikan barangan jualan beliau melalui social media. Dengan dengan kemudahan internet yang ada, aktiviti promosi lebih mudah dijalankan. Melalui penggunaan internet, penyelidikan berkenaan usahawan desa, sebagai contoh dari segi tips-tips perniagaan membantu beliau meningkatkan lagi kualiti produk keluaran beliau.
Encik Sanai Bin Mad Ali
Encik Sanai Bin Mad Ali merupakan salah seorang penduduk kampung yang menjalankan aktiviti jualan hasil pertanian dan hasil tangkapan ikan secara kecil-kecilan. Beliau juga merupakan antara penduduk yang terawal mendaftar sebagai ahli Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai, sejak pusat ini beroperasi pada bulan Mei 2017. Melalui penubuhan Pusat Internet ini, sedikit sebanyak membantu dalam memperkembangkan lagi perniagaan beliau.
Beliau sering berkunjung ke pusat ini untuk mendapatkan informasi berkenaan dengan perniagaan serta cara untuk mengkomersialkan produk yang dijual oleh beliau. Selain itu, beliau sering mengikuti kursus-kursus pendek yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai. Menurut beliau lagi, penubuhan pusat sebegini amat bermanfaat dan membantu penduduk kampung sepertinya untuk lebih mengetahui selok-belok dalam perniagaan dan harapan beliau, melalui facebook dan blog, beliau berharap agar perniagaan beliau boleh diperkembangkan lagi.
Suzaizatul Shafiqah
Suzaizatul Shafiqah merupakan sukarelawan Pusat Internet satu Malaysia. Beliau merupakan Ahli Pusat Internet Pantai Peliau sejak awal penubuhan PI Peliau Bungai. Berumur 22 tahun mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan sebelum pun kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai. Pada mulanya, perniagaan dijalankan secara suka-suka sebagai mengisi masa lapang dan menolong ibunya untuk menjual hasil tani di tamu kampung.
Namun kini, dengan adanya Pusat Internet 1 Malaysia, beliau melihat potensi hasil jualannya boleh pergi lebih jauh melalui jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia peliau Bungai untuk membuat penyelidikan berkenaan dana serta perniagaan hasil tani melalui internet.Dengan adanya Pusat Internet 1 Malaysia ini, beliau lebih bersemangat untuk memasarkan produknya lebih jauh lagi.
Ani Binti Ali
Ani Binti Ali merupakan Ahli Pusat Internet Peliau sejak awal penubuhan PI Peliau Bungai. Berumur 60 tahun mula menjalankan perniagaan buah-buahan bermusim sebelum pun kewujudan Pusat Internet Peliau Bungai. Pada mulanya, perniagaan dijalankan secara suka-suka sebagai mengisi masa lapang dengan menghantar jualan hasil tani di tamu kampung Sulap Lada.
Namun kini, dengan adanya Pusat Internet, beliau melihat potensi hasil jualannya boleh pergi lebih jauh melalui jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Peliau Bungai untuk membuat penyelidikan berkenaan dana serta perniagaan hasil tani melalui internet.Dengan adanya Pusat Internet ini, beliau lebih bersemangat untuk memasarkan produknya lebih jauh lagi.
Shereen Saging
Shereen Saging merupakan ibu tunggal kepada seorang anak. Beliau tidak bekerja dan hanya menjalankan aktiviti penjualan barangan produk CNI. Pada mulanya, beliau hanya menjalankan jualan secara kecil-kecilan. Beliau turun menjalankan perniagaannya secara online namun, masih banyak aspek yang perlu diperbaiki dalam perniagaan online beliau.
Contohnya dari segi teknik pengambilan gambar-gambar produk jualan. Beliau telah mendapat tahu bahawa pihak pusat internet Peliau Bungai ada menyediakan kelas untuk asas pengambilan gambar-gambar produk. Beliau telah merujuk kepada pengurus pusat internet untuk membantu beliau untuk belajar teknik pengambilan gambar yang betul.
Nawar Bin Kadir (Homestay)
Nawar Bin Kadir merupakan penduduk Kampung Peliau Bungai. Beliau telah menjalankan perkhidmatan “Homestay” sebelum pun kewujudan Pusat Internet Peliau Bungai. Pada mulanya, perkhidmatan “homestay” beliau agak kurang dikenali. Namun kini, dengan adanya Pusat Internet Peliau Bungai, beliau melihat potensi perkhidmatan “homestay” beliau boleh pergi lebih jauh melalui jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi.
Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Peliau Bungai untuk membuat penyelidikan berkenaan dana untuk memajukan perkhidmatan beliau serta tips untuk memperbaiki servis yang disediakan oleh beliau melalui internet.Dengan adanya Pusat Internet ini, beliau lebih bersemangat untuk memperkenalkan perkhidmatannya dengan masyarakat luar.
Sayang Binti Dua
Sayang Binti Dua merupakan penduduk Kampung Peliau Bungai. Beliau berumur 52 tahun dan sudah mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan sebelum pun kewujudan Pusat Internet Peliau Bungai. Pada mulanya, perniagaan dijalankan secara suka-suka sebagai mengisi masa dengan menjual hasil tani di tamu kampung.
Namun kini, dengan adanya Pusat Internet Peliau Bungai, beliau melihat potensi hasil jualannya boleh pergi lebih jauh melalui jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Peliau Bungai untuk membuat penyelidikan berkenaan dana serta perniagaan hasil tani melalui internet.Dengan adanya Pusat Internet ini, beliau lebih bersemangat untuk memasarkan produknya lebih jauh lagi.
Dayang binti Sapar
Puan Dayang binti Sapar merupakan penduduk Kampung Tanjung Bungai. Beliau berumur 60 tahun dan sudah mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan sebelum kewujudan Pusat Internet Peliau Bungai. Pada mulanya, perniagaan dijalankan secara suka-suka sebagai mengisi masa dengan menjual hasil tani di tamu Kampung Tanjung Bungai.
Antara barangan yang beliau jual adalah seperti hasil pertanian, kudap-kudapan, kraftangan seperti bakul, minuman dan Sambal Nek Abau yang dihasilkan sendiri oleh beliau. Namun kini, dengan adanya Pusat Internet Peliau Bungai, beliau melihat potensi hasil jualannya boleh pergi lebih jauh melalui jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Peliau Bungai untuk membuat penyelidikan berkenaan dana serta perniagaan hasil tani melalui internet. Dengan adanya Pusat Internet ini, beliau lebih bersemangat untuk memasarkan produknya lebih jauh lagi.
Haslimah Binti Poasa
Puan Haslimah Binti Poasa merupakan penduduk Kampung Peliau Bungai. Beliau berumur 43 tahun dan sudah mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan sebelum kewujudan Pusat Internet Peliau Bungai. Beliau merupakan ahli PIK semenjak dari tahun 2017 lagi. Pada mulanya, perniagaan dijalankan secara suka-suka sebagai mengisi masa dengan menjual hasil tani di tamu Pantai Peliau Bungai.
Antara barangan yang beliau jual adalah seperti hasil pertanian dan bunga-bungaan. Namun kini, dengan adanya Pusat Internet Komuniti Peliau Bungai, beliau melihat potensi hasil jualannya boleh pergi lebih jauh melalui jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Peliau Bungai untuk membuat penyelidikan berkenaan dana serta perniagaan hasil tani melalui internet. Dengan adanya Pusat Internet Komuniti ini, beliau lebih bersemangat untuk memasarkan produknya lebih jauh lagi.
Rosibah Binti Mudin
Puan Rosibah Binti Mudin merupakan penduduk Kampung Jambu Bungai. Beliau berumur 49 tahun. Pada mulanya, perniagaan dijalankan secara suka-suka sebagai mengisi masa dengan menjual bunga-bungaan dan ikan laga di rumah beliau. Namun kini, beliau meluaskan perniagaannya di Tamu Pantai Peliau selain meniagakannya di rumah beliau sendiri.
Dengan adanya Pusat Internet Komuniti Peliau Bungai, beliau melihat potensi hasil jualannya boleh pergi lebih jauh melalui jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi. Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan, beliau menggunakan aplikasi Whatssapp sebagai platform untuk mempromosikan perniagaannya dengan menghebahkannya ke dalam ‘group’ Whatsapp. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan perniagaannya. Baru-baru ini, beliau juga berkunjung ke PIK untuk mendaftar MySejahtera Check-in bagi ‘Mini Garden’ beliau. Dengan adanya Pusat Internet Komuniti ini, beliau lebih bersemangat untuk memasarkan produknya lebih jauh lagi.
Mohamad Saferi bin Amit
Encik Mohamad Saferi bin Amit merupakan penduduk Kampung Jambu Bungai. Beliau berumur 47 tahun. Pada mulanya, beliau menjual ayam panggang pada hujung minggu di Tamu Pantai Peliau Bungai bagi mengisi masa lapang. Setelah perniagaannya semakin maju, beliau memperkenalkan produk ‘Air Tebu Pyor’ yang dihasilkan oleh beliau sendiri pada bulan April tahun 2020 kepada umum dan bertahan sehiingga kini.
Perniagaan beliau dibantu oleh anak-anak dan isteri beliau sendiri. Dengan adanya Pusat Internet Komuniti Peliau Bungai, beliau melihat potensi hasil jualannya boleh pergi lebih jauh melalui jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi. Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan, beliau menggunakan aplikasi Whatssapp sebagai platform untuk mempromosikan perniagaannya dengan menghebahkannya ke dalam ‘group’ Whatsapp.
Siti Massidah binti German
Puan Siti Massidah binti German merupakan usahawan yang menjual barangan produk kosmetik seperti Rohina Mascara, 2 Step Eyeliner dan Unico Primer Base Cream. Beliau juga merupakan ahli Pusat Internet Peliau Bungai sejak tahun 2017. Beliau bekerja sebagai guru kafa di salah sebuah sekolah rendah dan menjadikan penjualan produk ini sebagai pendapatan sampingan selain minat beliau terhadap produk berasaskan kecantikan.
Beliau menjalankan perniagaannya secara online namun, masih banyak aspek yang perlu diperbaiki dalam perniagaan online beliau. Contohnya dari segi teknik pengambilan gambar-gambar produk jualan. Beliau telah mendapat tahu bahawa pihak Pusat internet Peliau Bungai ada menyediakan kelas untuk asas pengambilan gambar-gambar produk. Beliau telah merujuk kepada staf pusat internet untuk membantu beliau untuk belajar teknik pengambilan gambar yang betul.
Nur Atikah Miah
Cik Nur Atikah Miah merupakan ahli Pusat Internet Komuniti Peliau Bungai sejak 2017 lagi. Beliau berumur 28 tahun dan juga merupakan Penolong Pengurus di PIK Peliau Bungai. Beliau mula berjinak-jinak dengan dunia keusahawan ini dengan menjadi dropship di sebuah syarikat menjual baju kurung iaitu Hasnuri pada tahun 2020. Namun kini, dengan adanya Pusat Internet Komuniti Peliau Bungai, beliau melihat potensi perniagaannya boleh pergi lebih jauh melalui jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi. Ia membolehkan beliau mempromosikan produk perniaagaannya melalui platform facebook dan whatsapp.
Nurul Amirah Kaling
Cik Nurul Amirah Kaling merupakan penduduk Kampung Jambu Bungai. Beliau berumur 23 tahun dan merupakan ahli Pusat Internet Komuniti(PIK) Peliau Bungai sejak dari tahun 2017 lagi. Beliau juga merupakan sekolah pelajar di salah sebuah universiti tempatan. Pada mulanya, perniagaan dijalankan secara suka-suka sebagai mengisi masa lapang ketika di rumah sementara pembelajaran adalah secara atas talian disebabkan oleh Perintah Kawasan Pergerakan(PKP). Namun, beliau bergerak secara serius di dalam perniagaan kerana mula semakin mendapat permintaan daripada penduduk sekitarnya dan boleh pergi jauh. Beliau menggunakan internet berkelajuan tinggi di PIK Peliau Bungai sebagai medium untuk beliau mempromosikan perniagaan beliau di samping dapat mencari maklumat berkenaan perniagaan beliau. Antara produk perniagaan beliau adalah bunga-bungaan seperti kaktus, cenderahati dan terkini adalah baju kurung yang mula dikenali ramai iaitu Hasnuri dengan menjadi dropship syarikat ini.
Nurul Izzatie
Cik Nurul Izzatie merupakan usahawan yang menjual barangan kosmetik iaitu produk wawa cosmetics. Pada mulanya, beliau mula menjalankan perniagaan secara suka-suka di samping menjana pendapatan sampingan. Namun kini, Cik Nurul Izzatie cenderung untuk mengusahakan perniagaan secara separuh masa. Beliau mempromosikan perniagaan beliau secara atas talian pada mulanya. Beliau menggunakan inisiatif menyimpan produk beliau di PEDi Peliau Bungai bagi mengembangkan perniagaan beliau. Dengan adanya kemudahan internet di PEDi, ramai pengunjung yang datang untuk menggunakan kemudahan internet dan komputer dan secara tidak langsung mereka membeli produk yang dijualnya bagi yang berminat. Tambahan pula, penggunaan internet berkelajuan tinggi memudahkan beliau untuk mempromosikan produk yang beliau jual secara atas talian.