Kelas E-Learning “Educational Game for Kids”
11 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniProgram ini telah dijalankan bagi memperkenalkan laman sesawang yang bermanfaat kepada ahli Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Peliau Bungai, khususnya kanak-kanak berkenaan dengan permainan dalam talian berasaskan pendidikan. Melalui penilaian Pengurus dan Penolong Pengurus PI Peliau Bungai, kanak-kanak lebih tertarik dan cenderung untuk belajar melalui ilustrasi gambar, animasi, dan warna yang menarik.
Oleh itu, Pengurus dan Penolong Pengurus telah mengenalpasti laman sesawang mengenai permainan dalam talian berunsur pendidikan dan memperkenalkan laman sesawang tersebut kepada ahli PI (kanak-kanak) dengan tema “Bermain sambal Belajar” bagi meningkatkan prestasi mereka khususnya dalam matapelajaran sains dan matematik. Di samping itu, peserta juga didedahkan dengan isu “Buli Siber” melalui slot Klik Dengan Bijak (KDB).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: