Kelas Origami Anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai
27 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 26 Mei 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai telah mengadakan kelas origami sebagai salah satu pengisian masa lapang khususnya kepada golongan sasaran yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 13 tahun. Program ini bermula seawal jam 2 petang dan tamat pada pukul 4.30 petang. Melalui program ini, kanak-kanak didedahkan dengan penggunaan internet khususnya “youtube” dengan cara yang betul. Penggunaan internet sebenarnya amat menguntungkan dan memberi kebaikan jika digunakan dengan betul khususnya untuk tujuan pendidikan. Pengurus juga menyelitkan slot Klik Dengan Bijak melalui tayangan video berkenaan bahana penyalahgunaan internet serta slot kenegaraan untuk meningkatkan semangat perpaduan dan memupuk nilai patriotisme dari awal lagi ke dalam diri peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: