Keyboard Challenge Competition
04 September 2017 | Aktiviti TerkiniSempena dengan cuti sekolah, Pihak Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai telah mengadakan “Keyboard Challenge Competition” untuk pelajar sekolah yang berumur 12 tahun ke bawah. Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada peserta akan nombor-nombor serta huruf-huruf serta symbol yang terdapat di papan kekunci komputer. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenal laman sesawang berbentuk ilmiah kepada para perserta menerusi www.abcya.com. Laman ini bukan sahaja bermanfaat bagi pelajar dari segi pembelajaran sebagai contoh, matematik, malahan juga, ianya mampu menarik minat peserta untuk belajar kerana semua bentuk pembelajaran diketengahkan melalui permainan digital dengan warna dan animasi yang menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: