Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai Menjadi Pusat Pengagihan Bantuan Rakyat Oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
17 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniPada 16 Jun 2017, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bahagian Miri yang juga wakil Parlimen 218, Sibuti telah menggunakan Pusat Internet 1 Malaysia Peliau Bungai sebagai pusat agihan bantuan rakyat sempena Program Membantu Rakyat (MEMBARA) dengan tema “Iktiar Ramadhan”. Melalui program tersebut, terdapat sebanyak 13 orang yang penerima bantuan yang terlibat dan telah menerima bantuan barang keperluan dapur seperti beras, minyak masak, dan sebagainya. Program ini secara tidak langsung menunjukkan keperihatinan pemimpin dalam membantu rakyat khususnya kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: