Majlis Hari Terbuka Pusat Internet Peliau Bungai
16 December 2018 | Aktiviti TerkiniPada 15 Disember 2018 yang lalu, Pusat Internet peliau Bungai telah mengadakan Majlis Hari Terbuka yang dijalankan di persekitaran Pusat Internet Peliau Bungai. Tujuan utama program ini dijalankan ialah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai perkongsian melampau di internet, pendedahan berkenaan klik dengan bijak (KDB) dan tayangan video KDB (Perkongsian Melampau), untuk memberitahu penduduk kampung akan status penutupan Pusat Internet Peliau Bungai, berkenaan status kelulusan bajet serta jangkaan pusat internet akan mula beroperasi seperti biasa. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara Pusat Internet serta komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: