Bengkel MIV Bersama Komuniti 2020
6 September 2020 | Aktiviti TerkiniSukacita dimaklumkan bahawa pada 05 September 2020, pihak MCMC telah mengadakan Program Bengkel kepada Malaysia ICT Volunteer (MIV) secara atas talian yang disertai oleh Pusat Internet seluruh Malaysia bagi menyampaikan atau meningkatkan pengetahuan digital dalam kalangan masyarakat. Untuk Pusat Internet Peliau Bungai, seramai 4 orang sukarelawan telah menyertai bengkel ini yang terdiri daripada komuniti setempat dan staff Pusat Internet sendiri. Antara elemen utama yang dibicarakan sepanjang bengkel ini adalah berkenaan dengan Modul “Klik Dengan Bijak” iaitu, Hak & Tanggungjawab Warga Digital, Maklumat Palsu, Kawalselia Kendiri, Sebenarnya.my, Cybergenius dan Kandungan "Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong”.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: