Kempen “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong”
28 November 2020 | Aktiviti TerkiniSukacita dimaklumkan bahawa Pihak MCMC sedang giat menjalankan kempen ‘Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong’. Akhir-akhir ini terdapat segelintir pengguna media sosial yang kerap menyebarkan berita palsu dan telah menyebabkan pengguna media sosial yang lain keliru dengan berita palsu yang sedang tular walaupun tiada kesahihan berkenaan maklumat tersebut.
Bagi membendung gejala ini, kempen ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendidik warga digital untuk lebih bijak dan berwaspada dalam menggunakan internet. Dalam pada masa yang sama, kempen ini juga bertujuan untuk memperkenalkan portal SEBENARNYA.MY kepada masyarakat sebagai platform untuk mendapatkan kesahihan tentang sesuatu berita yang sedang tular di media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: