Tayangan Filem Kemerdekaan
24 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada 23 Ogos 2020 yang lalu, Pusat Internet Peliau Bungai telah menjalankan satu aktiviti Tayangan Filem Kemerdekaan bersama 3 peserta dari golongan belia yang juga merupakan ahli Pusat Internet. Antara tujuan filem bertemakan kemerdekaan ini ditayangkan adalah untuk memupuk semangat kemerdekaan di dalam jiwa golongan belia zaman sekarang.
Melalui aktiviti ini, mereka dapat memahami dan mendalami bagaimana pejuang-pejuang tanah air yang dahulu berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan negara dan berusaha untuk mengubah kehidupan mereka agar lebih selesa tanpa sebarang penjajahan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: