Kuiz Permainan Pendidikan Secara Atas Talian Menggunakan Aplikasi Quizziz
18 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniKuiz ini telah diadakan selama 3 hari yang bertempat di Pusat Internet Peliau Bungai. Tujuan kuiz ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada peserta untuk mengulangkaji matapelajaran yang telah dipelajari di sekolah, mengasah minda peserta untuk berfikir, dan belajar ilmu yang baru. Sepanjang kuiz ini dijalankan, pelbagai kuiz dalam matapelajaran yang dipelajari oleh peserta di sekolah iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan isu semasa berkaitan Covid 19. Peserta yang ikut serta dalam kuiz ini adalah seramai 14 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah yang berhampiran.
Pada 11 Julai 2020, kuiz yang dijalankan adalah dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada hari kedua iaitu 12 Julai 2020 adalah Kuiz Matematik dan Sains manakala kuiz isu semasa berkaitan Covid- 19 berlangsung pada hari terakhir, 17 Julai 2020. Markah yang diperolehi pada akhir setiap kuiz dicatat dan dikumpul untuk mendapatkan pemenang bagi keseluruhan kuiz ini. Hasilnya, selain daripada dapat bermain, peserta dapat belajar sesuatu yang baru. Dengan adanya kuiz pendidikan dalam talian seperti ini, ia menarik minat peserta untuk belajar dengan lebih mendalam lagi dalam pembelajaran dan mereka juga berharap ia dapat dijalankan lagi suatu hari kelak.
Waktu Beroperasi : 8:00 pagi - 5:00 Petang.
Isnin-Ahad ( kecuali cuti umum)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: