Kelas ICT (Pernilaian Microsoft Excel)
15 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 14 November 2020, Sabtu, Pusat Internet Peliau Bungai telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Excel bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Peliau Bungai. Kelas ini telah dihadiri oleh 2 orang peserta perempuan yang merupakan pelajar SK Kampung Bungai.
Kesinambungan Kelas Asas Microsoft Excel yang lepas, pada kelas kali ini peserta dinilai tahap kefahaman mereka dalam Microsoft Excel. Antara elemen yang dinilai adalah cara memasukkan data seperti nombor dan tulisan ke dalam jadual dan pengiraan matematik dengan memasukkan formula ke sel Microsoft Excel. Pelbagai operasi telah dinilai seeperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Daripada pemerhatian, kedua- dua peserta dapat membuat pernilaian ini dengan baik dan menepati smua elemen yang dikehendaki. Diharap semoga peserta dapat mengaplikasi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: