Kelas Asas Microsoft Word (Sesi 1)
17 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 16 Oktober 2020, Jumaat, Pusat Internet Peliau Bungai telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word yang bermula pada bermula pada pukul 2.30 petang hingga 3.00 petang yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Peliau Bungai. Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta perempuan yang merupakan pelajar SK Kampung Bungai.
Antara elemen yang dipelajari di dalam kelas ini ialah peserta diperkenalkan dengan maksud dan fungsi Microsoft Word, dan kegunaan setiap Option di dalam Home pada Microsoft Office. Contohnya, peserta belajar mengenai penggunaan kelas “Font” dan “Paragraph”. Latihan Microsoft Word bagi sesi ini dilakukan pada kelas seterusnya bagi memantapkan kefahaman peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: