Kelas Asas Microsoft Word & Advokasi
20 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 19 September 2020, Sabtu, Pusat Internet Peliau Bungai telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word dan Advokasi yang bermula pada pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Peliau Bungai. Seramai 2 orang peserta iaitu seorang peserta perempuan dan seorang peserta lelaki yang merupakan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah telah menghadiri kelas ini.
Antara pengisian kelas ini adalah untuk mempelajari asas Microsoft Word yang mana peserta diajar mengenai kegunaan Microsoft Word dan fungsi setiap “Option” yang terdapat dalam Microsoft Word. Contohnya, peserta didedahkan dengan penggunaan jadual dan ilustrasi seperti bentuk, gambar dan smartArt. Peserta di berikan latihan di penghujung kelas ini bagi menguji tahap kefahaman peserta. Seterusnya, peserta diberikan taklimat advokasi secara ringkas berkenaan “Perkongsian Melampau”. Kesimpulannya, dengan adanya kelas ini, peserta dapat mengaplikasikan pembelajaran ini suatu hari kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: