Kelas Pernilaian Microsoft Excel (Kumpulan 4)
25 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 24 Januari 2021, Ahad, Pusat Internet Komuniti (PIK) Peliau Bungai telah mengadakan Kelas Pernilaian Microsoft Excel (Kumpulan 4) bermula pada pukul 4.00 petang hingga 4.30 petang yang bertempat di Bilik Latihan PIK Peliau Bungai. Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta perempuan yang merupakan pelajar politeknik. Kesinambungan Kelas Asas Microsoft Excel yang lepas, pada kelas kali ini peserta dinilai tahap kefahaman mereka dalam Microsoft Excel. Antara elemen yang dinilai adalah cara memasukkan data seperti nombor dan tulisan ke dalam jadual dan pengiraan matematik menggunakan pengiraan asas dan menggunakan formula ke dalam ‘cell’ Microsoft Excel. Daripada pemerhatian peserta dapat membuat pernilaian ini dengan baik dan menepati semua elemen yang dikehendaki.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: