Bimbingan Permohonan Sarawak Rural Broadband
12 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniSarawak Rural Broadband Network (MySRBN) merupakan inisiatif transformasi Digital Sarawak oleh Kerajaan Sarawak di bawah Sarawak Digital Economy Corporation (SEDC) sebagai sebahagian daripada usaha untuk mendigitalkan ekonomi Sarawak dan menghubungkan masyarakat luar bandar dengan bandar. Kampung Peliau Bungai merupakan antara tempat yang terpilih di dalam program ini. Oleh yang demikian, PIK Peliau Bungai membantu penduduk setempat yang berminat dengan MySRBN dalam mengisi borang yang disediakan oleh pihak SEDC.
Intipati Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) seperti berikut:
- Pemasangan modem secara percuma
- Setiap isi rumah akan dikenakan harga yang mampu milik
- Pakej jalur lebar yang mampu milik dengan akses tanpa had dan kelajuan internet sehingga 30Mbps
- 6 bulan pertama PERCUMA. Setelah tamat tempoh 6 bulan, bayaran setiap isi rumah akan diberi subsidi oleh kerajaan Sarawak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: