Kursus Jualan & Pemasaran Secara Atas Talian
4 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 29 November 2021 sehingga 3 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peliau Bungai telah menyertai Kursus Jualan dan Pemasaran secara atas talian anjuran Ehsan Plant & Property Sdn Bhd dan Yes Academy yang berlangsung selama 5 hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Program ini dianjurkan sejajar dengan keperluan pemasaran digital bagi golongan B40 untuk mempelajari kemahiran tinggi pemasaran agar mahir menggunakan internet dan teknologi web bagi mencapai dan mempengaruhi pelanggan yang disasarkan dalam bidang perniagaan/pekerjaan di Malaysia. Tambahan pula, kursus ini adalah bertujuan bagi membantu dalam mengembangkan bisnes usahawan/peserta dengan memberikan tips serta penambahbaikan dalam bisnes yang mereka ceburi. Kursus ini mendapat sambutan yang ramai oleh para usahawan tanpa mengira bidang di seluruh Malaysia dan dibahagikan mengikut kumpulan agar semua peserta boleh turut serta dan lebih fokus kepada setiap sesi yang disediakan oleh pihak penganjur.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: