Kempen “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong”
18 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniKempen ‘Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong’ anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia masih giat dijalankan. Kempen ini adalah bertujuan untuk mendidik warga digital untuk lebih bijak dan berwaspada dalam menggunakan internet. Dalam pada masa yang sama, kempen ini juga bertujuan untuk memperkenalkan portal SEBENARNYA.MY kepada masyarakat sebagai platform untuk mendapatkan kesahihan tentang sesuatu berita yang sedang tular di media sosial.
Terdapat lima garis panduan dalam menggunakan hak kebebasan bersuara iaitu beringat bila bercakap, bijak menilai, bercakap benar, luahkan pendapat berdasarkan fakta dan beri pandangan tanpa menyebarkan kebencian. Semua garis panduan ini amat penting untuk dijadikan rujukan dan ikutan warga digital agar kesan negatif penggunaan internet dapat dibanteras. Oleh yang demikian, kerjasama daripada warga digital sangat diperlukan seterusnya mendorong ke arah keberkesanan pelaksanaan kempen ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: