Bimbingan ICT di dalam portal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
11 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 10 April 2022, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peliau Bungai telah membimbing dan membantu seorang penduduk kampung Peliau Bungai dalam membuat permohonan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara online. Bimbingan ini telah dilaksanakan selama 30 minit, iaitu pada pukul 3.00 petang hingga 3.30 petang. Selain mendapat ilmu yang baru, bimbingan ini secara tidak langsung dapat membantu beliau sekiranya beliau ingin membuat transaksi lagi pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: