Kursus Latihan Pengendali Makanan Secara Online
25 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mac 2022, Khamis, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peliau Bungai telah mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan secara online dengan kerjasama NZ Bunga Venture Training & Consultant. Kursus ini telah disertai oleh 12 orang peserta yang terdiri daripada komuniti setempat dan berlangsung selama 2 jam 30 minit iaitu dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
Tujuan kursus latihan ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada usahawan-usahawan atau peniaga di dalam bidang makanan yang masih belum menghadiri kursus pengendalian makanan yang mana kursus ini diwajibkan kepada setiap peniaga berlesen yang ingin menjalankan perniagaan berkaitan dengan makanan agar proses penyediaan dan penjualan makanan tersebut mengikuti langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh KKM.
Selain peserta diterangkan mengenai cara mengendalikan makanan dengan betul, peserta juga diberikan kuiz bagi memudahkan mereka memahami pengendalian makanan tersebut betul ataupun salah. Pada akhir program ini, peserta menunjukkan minat untuk mengikuti program seperti ini dan berharap ia dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: