Slot Advokasi Portal ‘SEBENARNYA.MY’ Secara Atas Talian
21 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Februari 2022, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peliau Bungai telah mengadakan slot advokasi mengenali portal SEBENARNYA.MY bersama Komuniti PEDi Peliau Bungai secara atas talian dengan menggunakan aplikasi whatsapp yang bertujuan untuk memperkenalkan portal SEBENARNYA.MY yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menangani berita palsu yang tersebar luas di internet terutamanya di media sosial. Dengan adanya portal SEBENARNYA.MY, pengguna internet dapat menyemak kesahihan sesuatu berita yang tular sama ada berita tersebut benar ataupun berita palsu. Cara muat turun dan ciri-ciri aplikasi di dalam telefon pintar juga turut diselitkan di dalam perkongsian ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: