Slot Advokasi Buli Siber Secara Atas Talian
12 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2022, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peliau Bungai telah mengadakan slot advokasi bertajuk buli siber bersama Komuniti PEDi Peliau Bungai secara atas talian dengan menggunakan aplikasi whatsapp yang bertujuan untuk mengetengahkan jenayah buli siber yang kian meningkat dari tahun ke tahun. Di dalam perkongsian ini, ahli PEDi di dedahkan apakah itu buli siber, kesan buli siber kepada mangsa buli dan cara mengatasi buli siber. Diharap dengan adanya perkongsian ini mendapat manfaat kepada semua komuniti PEDi Peliau dan dijauhi daripada perbuatan buli siber ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: