Kelas E-Learning : Jigsaw Puzzle Online
18 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 Julai 2022, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peliau Bungai telah mengadakan kelas e-learning bersama pelajar sekolah rendah berdekatan seramai 2 orang. Di dalam kelas ini, peserta telah diajar asas bermain permainan ini terlebih dahulu sebelum mereka membuatnya sendiri. Terdapat 3 peringkat bagi permainan ini iaitu 9 keping,25 keping dan 49 keping. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menarik minat peserta untuk mahir di dalam ICT, penggunaan komputer selain dapat bermain sambil belajar sesuatu yang baru. Di harap dengan adanya kelas ini dapat memberi manfaat kepada peserta dan mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang berfaedah. Kesimpulannya, peserta sangat gembira dapat menyiapkan permainan yang diberikan dan berharap agar adanya permainan pendidikan seperti ini pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: