Webinar Skim Pembiayaan Mikro/i BSN-Semarak Niaga
18 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 Jun 2022, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peliau Bungai telah menyertai Webinar Skim Pembiayaan Mikro/I BSN-Semarak Niaga. Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi dengan menggunakan platform Microsoft Team. Tujuan program ini dilaksanakan adalah memberi maklumat berkaitan dengan Skim Pembiayaan Mikro bagi membantu usahawan di sekitar PEDi dalam membangunkan perniagaan tanpa mengira bidang. Pinjaman ini layak kepada semua usahawan atau ahli yang berdaftar dengan PEDi yang menceburi bidang perniagaan. Dokumen yang diperlukan juga diterangkan dalam webinar ini. Kesimpulannya terdapat pelbagai pengisian yang terdapat di dalam webinar ini terutama sekali kepada staf PEDi dan rakan digital bagi membantu usahawan setempat di dalam perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: